Monday, November 16, 2015

PEMANDU BERHATI-HATI JALAN ROSAK BATU 24 JALAN LABUK ......PESANAN KEMELLIA

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: CIKGU HARTHONO


SANDAKAN:- Struktur pembinaan jalan raya yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan adalah penyebab jalan-jalan yang dibina siap sepenuhnya tidak bertahan lama.

Ada beberapa  faktor punca  dan penyebab jalan-jalan itu mudah rosak mudah mendap kemunkinan pihak kontraktor tidak memikirkan tentang struktur bagi ketahanan sesuatu projek dan mereka mengambil kira keuntangan besar saja daripada hasil projek itu.

Berbanding dengan kontraktor-kontraktor di zaman erah 60 an hingga 80 an di mana kebanyaknya jalan-jalan yang dibina kelihatan lebih kukuh bertahun-tahun lamanya baru rosak berbanding dengan kontraktor-kontraktor zaman milinium-zaman ICT projek cepat siap tetapi tiada berkualiti.

Kata seorang aktivis masyarakat Dato Seri Paduka Dr Kemellian Hassan dalam kenyataannya hari ini ketika diminta  pandangannya mengenai kerosakan jalan raya di Batu 24 Jalan Labuk ekoran hujan lebat dan penyebab tanah mendap dan mengakibatkan kerosakan jalan raya.

“Saya ingin mengambil contoh projek pelebaran jalan Batu Sapi kos dianggarkan 26 juta tetapi dari segi pembinaannya langsung tidak berkualiti tidak sampai setahun kebanyakan  disepanjang jalan itu habis mengalami kerosakan teruk berlubang di sana sini.” Katanya lagi.

Dengan kerosakan teruk jalan Batu Sapi terpaksa kerajaan khusus pihak Jabatan Kerja Raya melantik semula kontraktor baru bagi meneruskan kerja-kerja pembaik pulih jalan tersebut dan kini telahpun siapa sepenuhnya

“Jadi saya harap dimusim tengkuju cuaca yang tidak menentu ini para pemandu harus lebih berhati-hati ketika berada diatas jalan raya kerana musim hujan ini banyak tanah-tanah mendap yang mengakibatkan jalan-jaan raya banyak yang mengalami kerosakan” ujarnya.



No comments:

Post a Comment